Honda Civic
Honda Civic

Honda Civic

Honda Civic adalah model kereta kompak keluaran Honda. Ia mula dikeluarkan pada Julai 1972 sebagai model kereta 2 pintu, disusuli dengan varian hatchback 3 pintu dan model 4 pintu. Model terawal menggunakan enjin 1169 cc pacuan roda hadapan manakala model terkini generasi kelapan mempunyai 2 pilihan enjin iaitu 1.8L dan 2.0L.Asalnya, seperti juga kereta-kereta buatan Jepun yang lain semasa zaman ia mula dikeluarkan, Honda Civic boleh dikatakan sebagai model "kereta rakyat" dengan aksesori asas seperti radio AM, penyaman udara, pengelap skrin hadapan 2 kelajuan dan rim keluli, tetapi kemudian Honda Civic terus mengalami evolusi tersendiri sehinggakan generasi yang lebih terkini menonjolkan ciri-ciri mewah.Honda Civic adalah jenama kereta Jepun kedua paling lama bertahan di dalam pasaran selepas Toyota Corolla. Di Malaysia, model terkini Honda Civic dipasang di kilang Honda cawangan Malaysia di Alor Gajah, Melaka.